Tuesday, November 18, 2025

7 PERKARA YANG BAKAL JEMAAH HAJI 2026 WAJIB FAHAM


Musim Haji 1447H / 2026M nanti bakal berbeza dari tahun2 sebelum ni. Ada beberapa perkara penting yang setiap bakal jemaah wajib tahu dan faham betul2 supaya perjalanan ibadah nanti lancar dan tenang.

Jom kami ringkaskan satu2👇

1. Syarat Kesihatan Bakal Jemaah Haji
Tak semua orang automatik layak tunaikan Haji. Pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan hanya yang sihat, bertenaga dan mampu berdikari semasa ibadah dibenarkan.

Kalau ada penyakit kronik serius seperti buah pinggang, jantung, paru-paru atau kanser dalam rawatan, kemungkinan besar tak layak. Jadi jaga kesihatan dari sekarang, sebab inilah ibadah paling berat tapi paling indah dalam hidup.


2. Boleh Keluarkan KWSP Untuk Tunai Haji
Berita baik! Had pengeluaran KWSP untuk Haji naik daripada RM3,000 kepada RM10,000. Langkah ni bagi meringankan kos bakal jemaah yang nak ke Tanah Suci.
Kalau ada simpanan dalam Akaun 2 KWSP, bolehlah mula semak dan rancang awal.


3. Vaksin Yang Jemaah Haji Mesti Tahu
Dua kategori penting:
💉 Wajib: Vaksin Meningokokus (ACWY) – mesti ambil sebelum berlepas, sah 5 tahun.
💉 Digalakkan: Vaksin COVID-19 (untuk warga emas & berisiko tinggi).
Bukan setakat ikut peraturan, tapi ini langkah jaga diri dan jemaah lain.


4. Kemas Kini Info Peribadi
Ramai yang terlepas tawaran Haji sebab maklumat tak dikemas kini. Alamat dah pindah, nombor telefon dah tukar, email tak aktif. Jadi pastikan semua info peribadi up to date melalui:

✅ Aplikasi THiJARI
✅ Cawangan Tabung Haji - THCC: 03-6207 1919


5. Amal Gaya Hidup Sihat & Tambah Ilmu
Ibadah Haji bukan main fizikal biasa, kena banyak berjalan, mendaki, dan bertahan panas.

Mulakan dari sekarang:
 Tingkatkan stamina dan kesihatan.
 Tambah ilmu Fardhu Ain & Manasik supaya tak kekok bila dah di Tanah Suci.


6. Ikuti Info Dari Saluran Rasmi
Sekarang ni banyak fake news pasal Haji. Jangan mudah percaya. Rujuk terus info sahih dari:
✅ Tabung Haji
✅ KUJDT

Untuk elak kekeliruan tentang kuota, tarikh, atau polisi baru.


7. Tiada Lagi Pusat Rawatan Tabung Haji Di Tanah Suci
Mulai 2026, TH tidak lagi buka pusat rawatan sendiri di Mekah & Madinah.
Jemaah yang perlukan rawatan akan dirujuk ke hospital kerajaan atau swasta Arab Saudi.

Tapi jangan risau masih ada 225 petugas kesihatan KKM & TH yang akan bantu pantau jemaah sepanjang musim Haji nanti.


Kesimpulannya bakal jemaah 2026, persediaan bermula dari sekarang.

Jaga kesihatan, kemas kini maklumat, lengkapkan vaksin, dan sentiasa ikut saluran rasmi.

KUJDT akan terus bantu anda bersedia dari awal hingga selamat pulang. KUJDT – Setiap Memori Penuh Erti.

Tuesday, December 31, 2024

KETIBAAN 1 REJAB 1446H BERSAMAAN 1 JANUARI 2025: DOA KETIKA MASUK BULAN REJAB

“Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.”

Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan kita di bulan Rejab sebagai persiapan untuk kita bertemu dengan bulan Ramadan.

Bulan Rejab merupakan bulan yang mencatatkan peristiwa sejarah yang sentiasa diingati oleh umat Islam kerana dalam bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj Rasulullah SAW. Dalam peristiwa ini, Rasulullah SAW telah diisra’kan (diperjalankan) dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin dan kemudian dimi’rajkan (dinaikkan) ke langit menuju Sidratul Muntaha sepertimana firman Allah SWT ayat 1 Surah al-Isra’ yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad SAW dengan roh dan jasadnya) pada waktu malam dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (Baitul Muqadis di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya supaya kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda (kebesaran dan kekuasaan) kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.

Dalam peristiwa tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah menyaksikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dan kemuncak peristiwa inilah Allah SWT telah memfardhukan solat lima waktu kepada umat Islam.

Firman Allah SWT dalam ayat 45 Surah al-Ankabut yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”.


 Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

1 Januari 2025 bersamaan dengan 1 Rejab 1446H


Kau tahu, 2024 ni, kalau nak cerita, penuh dengan pengajaran untuk umat Islam. Dunia bergolak, umat berpecah, dan kita sering lupa nak tengok balik kompas kehidupan kita mengikut Al-Quran. 

Ironinya, tahun baru 2025 kali ni bermula tepat pada 1 Rejab, bulan haram yang Allah muliakan. Kau rasa kebetulan ke? 

Abang tak rasa macam tu. 
Allah ni Maha Perancang. 

Kalau kita nak faham, ini sebenarnya satu seruan dik, untuk kita berhenti sejenak, muhasabah dan fikir balik apa hala tuju hidup kita.

Rejab ni bukan sekadar bulan dalam kalendar Islam. Dalam sejarah, ia bulan persediaan. Bulan yang Rasulullah dan para sahabat gunakan untuk “pemanasan” sebelum Ramadan. 

Kalau kau nak tahu, Rejab ni ibarat Allah suruh kita “slow down” kejap, muhasabah diri dan mula reset hidup.

Allah mention dalam Al-Quran, “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam kitab Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi; di antaranya empat bulan haram.” (At-Taubah: 36).

Rejab adalah salah satu daripadanya. 

Dalam bulan ni, Allah tuntut kita untuk lebih berhati-hati dengan dosa dan lebih bersungguh-sungguh dalam kebaikan. Tapi semua tu perlukan AZAM YANG KUAT.

Kau tahu apa maksud azam dalam Islam? 

Bukan sekadar buat list “nak kurus” atau “nak kaya”. Azam adalah tekad yang terikat dengan niat kerana Allah. Rasulullah dah pesan, “Setiap amal itu bergantung pada niat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Azam ni kau tak ukur dengan kata-kata. Kau ukur dengan perubahan tindakan.

Cuba tengok hidup kau sepanjang 2024. 
Apa yang kau dah buat? 

Adakah Al-Quran jadi peta kau atau kau sesat ikut jalan yang dunia lukis untuk kau? 

Sebab itu Nabi pesan, “Yang terbaik di kalangan kamu ialah yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini.”

Dik, Allah turunkan Al-Quran bukan untuk dibaca waktu tadarus Ramadan je. Tapi sebagai peta. Satu-satunya panduan yang boleh selamatkan kita dari jalan yang bengkang-bengkok. 

Al-Quran ni ibarat GPS. 
Kalau kau tak guna, kau takkan sampai ke destinasi. 

Allah dah pesan, “Dan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku (Al-Quran), maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit…” (Taha: 124).

2024 banyak ajar kita tentang pentingnya berpegang pada Al-Quran. Kau tengok isu umat Islam, perpecahan, ketidakadilan dan sebagainya. Semua ni sebab kita jauh dari Quran. 

Kita lebih percaya cakap manusia dari wahyu Allah.
(Sigh!)

Sempena 1 Rejab jatuh pada 1 Januari. 
Dua permulaan besar dalam satu hari. 

Apa maknanya? 
Maknanya Allah beri kita peluang untuk reset dua kali ganda. 

Dalam Rejab ni, kau mulakan dengan membersihkan hati. Buang rasa dengki, benci dan dendam. Rejab adalah simbol “turning point” kau. Kalau tahun ni kau rasa hilang arah, inilah masanya untuk kau letakkan balik Quran sebagai imam hidup kau.

Pesan Abang untuk kau.

Kau jangan tunggu orang lain berubah. 
Kau sendiri kena mula dulu. Azam kau tak perlu besar, tapi biar jelas. Contohnya:

1. Setiap pagi, baca Al-Quran walau satu ayat dan renungkan maknanya.

2. Solat awal waktu, sebab itu janji kau dengan Allah.

3. Buat satu kebaikan kecil setiap hari untuk keluarga atau orang sekeliling kau.

Hidup ni pendek, dik. Rasulullah ajar kita untuk selalu bermuhasabah sebelum ajal datang menjemput. 

Sabda baginda, “Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa menghisab dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Jadi 2025 ni, kau jangan sekadar sibuk buat “new year resolution”. 

Jadikan Rejab ni masa untuk kau betulkan arah. Buat azam yang Allah reda. Hidupkan rumah kau dengan Al-Quran, dengan solat berjemaah, dengan doa yang kau ajar anak-anak untuk sebut setiap pagi. Sebab akhirnya, yang kau tinggalkan adalah amal kau, bukan nama kau.

Kau masih ada masa untuk kembali pada Allah. 

Rejab ni pintu taubat terbuka luas. 
Jangan tunggu Ramadan untuk mula berubah. 

Semoga langkah kau diberkati. Selamat melangkah ke 2025 dengan hati yang baru.

“Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.”

Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan kita di bulan Rejab sebagai persiapan untuk kita bertemu dengan bulan Ramadan.



Credit.
Mutawif Rare, Madinah.

Friday, December 6, 2024

Hati-Hati dengan SCAMMER di AL-HARAMAIN Mekah Madinah

Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah tak ada Scammer, Ada rupanya.. bezanya ada yang kena cara halus dan cara kasar saja.. 

CARA KASAR:- 
Cara 1.
1. Sudah pastinya bag kita di seloknya atau di torehnya dengan pisau sama ada kita sedang melakukan Tawaf @ Saie, cara depa buat ni mmg kita pun x perasan langsung.. ni memang berani dan pro.. Hasil yang dia dapat pun kasar jugak, mau riban-riban & Handphone pun boleh dapat. (Kebiasaanya cara 1 ni wanita adalah target utama)

Cara 2:-
2. Scammer jadi pengiring (kononnya escort kita) utk cium Hajarul Aswad, ini orang Indonesia, dia akan himpit kita dan bertanya "pak, mau cium Hajarul Aswad, kalau kita cakap mau, dia mintak siap2 400 Saudi Riyal, kadang2 1000 Riyal pun ada. kita cakap x ada @ x mau, then dia blah lah.. tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang... ada juga kes, yang ikut kita sampai ke hotel utk tuntut duit.. so, hati2.. 

Cara 3:-
3. Hati2 bila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, selalu konfius sebab warna duitnya MERAH. saya pernah tgk depan mata saya jemaah wanita tua dia nak beli air mineral 1 riyal, dia kasi 100 riyal, sepatutnya baki 99 Riyal, tapi dipulangnya baki 9 riyal saja.. then, makcik tu tanya "saya bagi 100 riyal, then dia cakap tak, makcik bagi 10 riyal, lalu dia angkat 10 Riyal.. makcik tu pun terkiyal-kiyal dgn mamat tu.. Hakikatnya saya tgk sendiri makcik tu bg dia 100 riyal. (Dalam kes ni saya campur tangan, sebab geram.. so makcik dpt lah balik baki duitnya 99 Riyal)- hati2 dgn penjual yg duduk atas food-truck di Jabal Rahmah. 

Cara 4:-
4. Mak-mak arab yg berjubah hitam yg dok menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam), ini lagi profesional punya scammer, depa boleh buat 1001 macam cerita siap dengan drama dan watak2 pelakon sampingan lagi.. so, awas jgn cepat melatah dan bermurah hati sangat.. sekali kita bagi, habissss... kitaa akan dikerumun oleh "mereka"

Cara 5:-
5. Geng Teksi pun sama, awalnya kita dah deal harga dari airport jeddah ke Hotel di Mekah 200 Riyal, nanti bila sampai di Mekah dia akan buat2 pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat2 cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan... (padahal itulah game plan dia org..) kalau nak secure baik amek GRAB/UBER terus. 

CARA HALUS 
(Lebih kepada Psychology) 

1. Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17) saya dah x heran sgt dgn kaki Scam ni sebab dah tau game depa, saya layan (sebab nak tgk game depa)... saya didatangi oleh seorang lelaki pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih), dia tarik saya ke tepi, dan bermulalah cerita sedihnya yg dia kena selok, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua, yg sedang baring) utk memberikan kita yakin dgn ceritanya, dia mintak 500 Riyal utk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tau dia SCAM, saya cakap saya x ada duit dan terus saya blah, dengan nada cengei skit la.. 

Saya intai dia dan geng2 dia mencari mangsa yg lain dari jauh, yup.. ternyata mangsa keduanya berjaya, dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit, dan terus blah.. (geng sendikit 4 ke 5 org) kalau sehari dia dah kaut 1000 Riyal kalau sebulan dah berapa.. 

saya perati rata2 mangsa scam geng ini adalah jemaah umrah & haji rakyat Malaysia, indonesia, brunei, mungkin easy target kot @ kita ni mmg suka bersedekah.

KESAN PADA JEMAAH:- 

1. Kita akan hilang focus utk beribadat.. dok menyesal atas kealphaan kita.. 

2. Membuatkan keluarga yg dok di Malaysia ni jadi risau, atas kejadian yg menimpa. 

3. Bila dah hilang pertimbangan tu, mulalah mulut kita pun sama naik mencarut dan memaki hamunnya.. (niat asal dan focus utama ke Tanah Suci dah hilang).

4. Mula rasa takut-takut pada keadaan sekeliling.. 

5. Murung

Inilah beberapa jenis Scammer yg ada di Tanah Suci Mekah & Madinah. 

Pada saya senang saja, kalau nak sedekah, sedekah kepada tukang sapu sampah di dalam atau di luar Masjid. Selagi namanya manusia berhati-hatilah dengan langkah dan gerak, mata mau TAJAM, kalau silap langkah pasti ada yg nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita, sebab kat sana bukannya semua Malaikat, TAPI ada sekelompok manusia yg sentiasa menyambil kesempatan. Orang2 mcm ni depa peduli apa, bukannya depa heran di Tanah Haram ka X Tanah Haram ka, janji Masyuk... Jemaah juga DIINGATKAN kalau pi MASJID tu tak payah la gatai-gatai nak bawa duit beratus-ratus dan beriban-riban.. bawa duit SR50 ke SR100 sudah.. duit yang riban-riban kita bawa tu simpan saja di hotel. (dalam bag berkunci ka dalam peti box keselamatan ka, atau mintak tolong mutawwif / mutawwifah simpankan ka) 

Saya pesan, sebab kita bukannya tiap2 bulan mai Mekah dan Madinah, kena menabung dan menyimpan baru boleh datang, jadi bila sampai sini kena penaya ngan org2 mcm ni pulak.. kesian pun ada... jadinya pakat2 beringat.. bila dah kat sana letakkan diri pada Allah SWT, mintak doa kat dia utk dijauhi dari pekara2 mcm ni. andaikata terkena scam mcm ni "kalau" amountnya kecik anggapkan sedekah dan x ada rezeki kita lah tu.. TAPI, kalau AMOUNTNYA BESAR, terus buat report polis, ajak Mutawwif pegi buat report. 

Sementara musim haji ni pesan2 lah kepada jemaah dan rakan taulan yg ada di Tanah Suci.. SEKADAR BERINGAT... 



* kredit gambar kepada Memori Terindah di Tanah Suci

#khadamharamain #khadamharamaintravelandtour #mutawwif #gengjubahputih #umrah #mekah #madinah

7 PERKARA YANG BAKAL JEMAAH HAJI 2026 WAJIB FAHAM

Musim Haji 1447H / 2026M nanti bakal berbeza dari tahun2 sebelum ni. Ada beberapa perkara penting yang setiap bakal jemaah wajib...