Tuesday, November 18, 2025

7 PERKARA YANG BAKAL JEMAAH HAJI 2026 WAJIB FAHAM


Musim Haji 1447H / 2026M nanti bakal berbeza dari tahun2 sebelum ni. Ada beberapa perkara penting yang setiap bakal jemaah wajib tahu dan faham betul2 supaya perjalanan ibadah nanti lancar dan tenang.

Jom kami ringkaskan satu2👇

1. Syarat Kesihatan Bakal Jemaah Haji
Tak semua orang automatik layak tunaikan Haji. Pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan hanya yang sihat, bertenaga dan mampu berdikari semasa ibadah dibenarkan.

Kalau ada penyakit kronik serius seperti buah pinggang, jantung, paru-paru atau kanser dalam rawatan, kemungkinan besar tak layak. Jadi jaga kesihatan dari sekarang, sebab inilah ibadah paling berat tapi paling indah dalam hidup.


2. Boleh Keluarkan KWSP Untuk Tunai Haji
Berita baik! Had pengeluaran KWSP untuk Haji naik daripada RM3,000 kepada RM10,000. Langkah ni bagi meringankan kos bakal jemaah yang nak ke Tanah Suci.
Kalau ada simpanan dalam Akaun 2 KWSP, bolehlah mula semak dan rancang awal.


3. Vaksin Yang Jemaah Haji Mesti Tahu
Dua kategori penting:
💉 Wajib: Vaksin Meningokokus (ACWY) – mesti ambil sebelum berlepas, sah 5 tahun.
💉 Digalakkan: Vaksin COVID-19 (untuk warga emas & berisiko tinggi).
Bukan setakat ikut peraturan, tapi ini langkah jaga diri dan jemaah lain.


4. Kemas Kini Info Peribadi
Ramai yang terlepas tawaran Haji sebab maklumat tak dikemas kini. Alamat dah pindah, nombor telefon dah tukar, email tak aktif. Jadi pastikan semua info peribadi up to date melalui:

✅ Aplikasi THiJARI
✅ Cawangan Tabung Haji - THCC: 03-6207 1919


5. Amal Gaya Hidup Sihat & Tambah Ilmu
Ibadah Haji bukan main fizikal biasa, kena banyak berjalan, mendaki, dan bertahan panas.

Mulakan dari sekarang:
 Tingkatkan stamina dan kesihatan.
 Tambah ilmu Fardhu Ain & Manasik supaya tak kekok bila dah di Tanah Suci.


6. Ikuti Info Dari Saluran Rasmi
Sekarang ni banyak fake news pasal Haji. Jangan mudah percaya. Rujuk terus info sahih dari:
✅ Tabung Haji
✅ KUJDT

Untuk elak kekeliruan tentang kuota, tarikh, atau polisi baru.


7. Tiada Lagi Pusat Rawatan Tabung Haji Di Tanah Suci
Mulai 2026, TH tidak lagi buka pusat rawatan sendiri di Mekah & Madinah.
Jemaah yang perlukan rawatan akan dirujuk ke hospital kerajaan atau swasta Arab Saudi.

Tapi jangan risau masih ada 225 petugas kesihatan KKM & TH yang akan bantu pantau jemaah sepanjang musim Haji nanti.


Kesimpulannya bakal jemaah 2026, persediaan bermula dari sekarang.

Jaga kesihatan, kemas kini maklumat, lengkapkan vaksin, dan sentiasa ikut saluran rasmi.

KUJDT akan terus bantu anda bersedia dari awal hingga selamat pulang. KUJDT – Setiap Memori Penuh Erti.

7 PERKARA YANG BAKAL JEMAAH HAJI 2026 WAJIB FAHAM

Musim Haji 1447H / 2026M nanti bakal berbeza dari tahun2 sebelum ni. Ada beberapa perkara penting yang setiap bakal jemaah wajib...