Wednesday, December 30, 2015

Day 11 : 30 December 2015


0100hr @ 1.30pagi SA bas jalan
0330 sa - smpai kat airport jeddah. Loading luggae dari 0440 sa smpai 0540 sa xsetel lg
0615 sa - baru setel luggae n bley masuk kat area check passport. Ramai jemaah Solat subuh kat situ skejap sementara nak tggu turn masuk
0630 sa - beratur utk check boarding pass masuk ke gate departure. Tengah beratur smpai pkl 0710sa kaunter tutup sebab pegawai rehat pergi minum. Tunggu smpai la pukul 0820 sa pegawai tak smpai2 lg. Plane da smpai. Suhada tanya staff dorg kata x ley wat apa sebab pintu kunci. Technician dtg hompel pintu sbb pegawai x smpai2 lg. Da pkl 0830sa lebih kurang jemaah tak masuk2 krew air asia pun sound sebab flight delay. Barulaah nampak kelibat dorg tapi pegawai lain kalut nak lepaskan jemaah masuk plane.
0900 sa - barulah berlepas eta klia2 1800 sa @ 2300 my. Solat jamak zhur n asar dlm fliht. Maghrib n isya kat klia.

Tips :-
Nak shoping murah/borong pergi ke Pasar Jaafariyah souk di Mekah. Tambang teksi dalam 20 Riyal SA untuk pergi (balik lagi 20 Riyal SA). Kalau kat Malaysia pasar tu macam pasar Uptown @ pasar Chowkit. Kira murah la dari beli di kedai dekat dengan Masjid..

Tuesday, December 29, 2015

Day 10 : 29 December 2015


00530 SA - subuh kat depan hotel sebab turun lewat.

Xxxx sa - naik tido, abah n mama g kedai makan breakfast, Adda & ma g tawaf sunaf, asya tawaf sunat & dpt cium hajar aswad. Katanya rezeki sebab laluan mudah tanpa berasak-asak.

0845 sa - Makan pagi dalam bilik.

1055 sa - Pergi buat tawaf sunat dengan Adda.

1115 sa - Statt tawaf sunat dekat lelvel 1,

1159 sa - Selesai tawaf n solat sunat tawaf. Then stay kat saf lvl 1 tggu solat zhur smbil solat sunat n mngaji n iktikaf

1221 sa - Solat zuhur, solat jenazah solat sunat

1240 sa - masuk tawaf semula depan kaabah utk tawaf rapat dgn ahjr aswad. Bawak suhada rapat ke hajr aswad tapi tewas sebab ramai sgt berasak. Suahda give up. Aku plak yg masuk n dia tunggu kat gate king fadh. Ni yg 3rd attempt xlepas jgak berasak. Takpelah. Sabar dulu. G jumpa suhadankat gatr kibg fadh n solat sunat depan kaabah sambil tunggu solat asar

15xx sa - solat asar depan kaabah. Ak merapat saf dalam kawasan tawaf, makin dekat ke hajr aswad. Antara rukun yamani n ahjr aswad. Masa solat kawasan hajr aswad da dikosongkan, hanya org yg tertentu je dpt g hajr aswad. So sabar n tnggu lagi.. sebelum solat dah standby simlan spec sotkin n kopiah dlm poket. Lps salam je trrus g kat hajr aswad. 4th attempt susah nak masuk berasak2 lagi.. nampak kat tepi kaabah yg org panjat. Aku pun beratur situ(smlm menyembang ada org kata situ high chances utk dpt ke hajr aswad). Tawakal.. Ada sorg pakcik ni(org turki kot) ak tolong capaikan tangan dia kat kaabah. Then sama2 panjat naik. Ada sorg mamat ni (melayu kot sebab pakai songkok) depan ak tapi xboleh bangun. Ak angkat badan dia utk naik. Makin lama makin dekat ak perasan ada org cuba pegang bahu ak takut ak jatuh bwh so ak tepis dekat lebih 3 kali dia xuba pegang n ak tepis. Mamat(melayu) tu sa dekat ak cuba push dia.. depan ak ada org mencelah pulak.. ak push mamat tu dia da nak masuk tp dia nye tangan penuh dengan slipar dlm plastik alquran lg ada lg satu beg ikat, dia mcm ssh so ak amek slipar n a quran dr tngan dia. So die trun dpt cium n lps tu ak bgla balik n dia blah. Tetiba ak prasan tangan org tua(org turki) td seblah kirinak sentuh kaabah cuba berpaut ak jatuh kesian so ak tolg dia capaikan kat kain atas ahjr aswad. Syukur dia lega smpai usap kepala ak sebab dpt paut. Ak nak tlg bg dia dlu tp ak takut ak.jatuh. so ak turn btl2 ngadap hajr aswad tp ada kpala orgnlain depan ak so ak xdpt nk rapat hanyandpt sentuh n usap. Then ak berasak menolak badan keluar dr crowd.
Alhamdulillah, cium hajr aswad tu perkara sunat sebanrnya xperlu buat pun xp. Ak da dpt tgk depan mata n usap pun syukur da.

1630 sa - balik bilik makan.

1730hr @ 5.30 ptgSA - beg da kumpulkan kat depan lif lvl 8

1750 sa - solat maghrib kat lvl 9 sbb lambat siap. Dpt news kelantan banjir. Solat sunat n hajat mohon supaya banjir reda. Lps tu turun nak blk hotel lvl 8, abah mama asya adda n ma baru keluar bilik nak turun masuk masjid isya kat sana n terus wat tawaf wida. Ak xjoin sbb buat tawaf kidai(g kedai beli last sbb lps tawaf wida xley membeli dah)
G kat safar tower lower ground g kedai 3riual n sourvenir yg dah g sblm ni. Situ je offer baik punye. So beli smpai nak masuk isya. Kena sambung lps isya

1830 sa - solat isya kat tepi safar tower. Lps solat masuk zamzam tower lower ground (-1) tgk barang2 tapi jual mahal2 banding kedai yg kat safar tower. So masuk blm safar tower lower ground beli lg kat kedai sama.

2200hr @ 10.00mlm SA - buat tawaf wida (1 jam) - buat sendiri dengan Wan ( mamat yg keje kat air keroh melaka - duduk bukit katil, asal k.lipis pahang) setel tawaf wida. Buat solat sunat dekat multazam (antara hajr aswad n pintu kaabah) doa yg last depan kaabah.

2330hr @ 11.30 mlm SA - turun kat lvl (-2) naik bas.

Monday, December 28, 2015

Day 9 : 28 December 2015

Umrah di xxx yg jad buat.
Tawaf sebelum zhur lengkap 7(semua tawaf bersama 6org). 

Solat diba mgadap kaabah (teduh) prempuan solat di blkg (gate ruangan solat wanita) lepas solat janji tggu di air zam2 exit king fadh. Then pergi ke gate Safa lalu di tempat solat jenazah n msk basement utk buat saie.
Saie lengkap 7 x then. Tahalul n bercukur. Syukur selesai semua.

Mkn tghr Lps asar. Lps tu balik bilik. Baru msk je wan (tokei kedai mkn au2 yg depan skolah) dtg bilik nak g cium hajr aswad. So ak join skali. Solat maghrib di luar masjid. Then pelan2 masuk gate 74 king fahd utk ke kaabah. 


Ak afiq n wan kumpul kat tangga tunggu azman n bapak dia. Jumpa dorg kat green light. Then baru start nak tawaf da terpisah so msk saf dpn kaabah tunggu isya. Alhamdulillah dpt solat betul2 tepat depan rkn yamani.
Lps solat trs g hajr aswad. Punyalah sesak nak g. Da sikit lg jari nak dpt sntuh tapi kena siku kpala spek nak jatuh last2 tewas n tarik diri keluar dari sesak tu. Takpelah, dah usaha mungkin salah taktik n belum ada rezki. Lepas tu cadang nak balik tp ajak afiq g tawaf sunat dlu amek la pahala. Da nak masuk ke 6 afiq hilang. So habiskan tawaf. Then g masuk hijr ismail. Dpt solat sunat tawaf n sunat hajat. Syukur.
Then balik bilik.

Sunday, December 27, 2015

Day 8 : 27 December 2015


1030 SA - Umrah di tanaim (buat sendiri lepss solat subuh) ak.suhada. ma n asya .naik teksi arab. Adam guide utk naik teksi, pak arab bawa menggila. Siap bumper kena lggr masa kat tafik ligjtllht. Sggh masjid eisyah solat sunat masjid n umrah


1130 SA- smpai msjd haram. tawaf kat kaabah.lps solat sunat twf tggu zhur solat lps solt zhur br wat saie.


lps tu slt asar. Blk bilk

1750 SA - solat magrib


1830 SA - solat isya


2030 SA - makan di andalus mskn siam dgn mngmnt jad trvl

Saturday, December 26, 2015

Day 7 : 26 December 2015


0515 SA - turun solat subuh, ddk kat lua masjid (sejuk suhu 20¤c)


0539 SA - solat subuh. Lps solat terus balik bilik


0730 SA - dah siap2 utk kumpul di p8, utk pergi bukit thur (gua hiraq) dan jabal rahmah tmpt pertemuan nabi Adam dan Hawa


0945 SA - tiba di bukit thur, turun n bergambar


1030 SA - trun di bukit ar rahmah, naik bukit (sesak sebab tangga ada satu situlah naik situlah turun) n bergambar n beli2 jubah.


1100 SA - sggh di masjid xxx utk solat sunat ihram, pakai ihram & niat ihram. Beli selendang khasmir.


1230 SA - bertolak ke hotel smula utk zohor tukar plan tawaf umrah pukul 1630 SA selepas asar

Friday, December 25, 2015

Day 6 : 25 December 2015

0530 SA - solat subuh depan mall

0650 SA - bfast di p3 , jumpa dgn adik abah


0900 SA - pergi round kat safar tower beli2


1215 SA - pergi solat zuhur


1530 SA - solat asar, keluar lambat sebab last minit sakit perut so kesempatan hanya dapat solat di tingkat 9 di hotel. Abah tak sihat sebab dah start demam & selsema)

1739 SA - solat magrib kat dpn hotel (luar masjid)


1745 SA- Lepas maghrib masuk ke dalam masjid dan stay sampai masuk waktu isya dan solat. 


18xx SA - Selesai solat isya. Then pergi tawaf sunat naik ikut 2nd bridge. Tawaf sunat 7x n solat sunat menghadap kaabah (hijr ismail)


20xx SA - keluar masjid. Yang lain semua nak balik bilik hanya aku & Adda berjalan keluar jalan2 luar hotel lihat keadaan sekitar n beli makanan


23xx SA - mkn kat blk n tido

Thursday, December 24, 2015

Day 5 : 24 December 2015


0030 SA - spatutnya bkumpul jam 0030 di p8 utk pergi tawaf
0120 SA - berkumpul di p8, bergerak dari hotel keluar dari zam2 tower menuju ke kaabah utk tawaf.
ALHAMDULILLAH... melihat kaabah dpn mata. Byk construction, ustaz iring ke lampu hijau tingkat 1 kat kawasan tawaf ring utk tawaf. Buat tawaf 8-9 sebab ada yg was2. Alhamdulilah selesai tawaf 7x.
Solat... minta kekuatan utk minta maaf dgn mama
0200 SA - tawaf umrah, slt sunat, slm mama
0300 SA - kumpul utk buat saie
0315 SA - start buat saie dari bukit safar ke bukit marwah 7x. Abah xlarat. Mama n asya dah laju. Adda n ma folo n hjg2 dorg grk dlu.
0345 SA - setel saie kat bkit mareah potong rambut n doa

0430 sa - tggu subuh kat lvl 3. Dpt ngdap kaabah
0539 sa - solat subuh bjemaah

Wednesday, December 23, 2015

Day 4 : 23 December 2015


0412 SA - bangun dan bersiap


0450 SA - masuk masjid cari saf depan dan solat sunat tahyatul masjid n tahajud


0539 SA - azan subuh, solat sunat & solat hajat


0555 SA - solat subuh dan solat sunat jenazah


0605 SA - jemaah mula nak masuk ke pintu babus salam untuk ke raudah. Pak guard buat kepungan. Hampir sejam menunggu jam pun dah pukul 0715 SA berkumpul sambil duduk depan pintu masuk Abu Bakar As Siddiq No.2 C


0745 sa - baru dilepaskan dari kepungan dan masuk ke step 3, berasak dalam step 3 sehingga pkl 0810 SA, tak tahan n kalut takut lambat nak kemas barang sebab ingat nak bertolak pkl 1000 ke mekah aku keluar dari kepungan dan cari spot tepi2 untuk buat solat sunat. Dalam tengah buat solat sunat taubat, kepungan step 3 dilepaskan masuk ke step 2, ( terkilan rasa sebab 2-3min je kalo sabar jap da dapat masuk.. takde rezki yang last ni lama dok tunggu tapi tewas saat akhir... in sha Allah jika ada rezeki lagi nak mai ke semula buat umrah in sha Allah) lepas solat singgah depan makam nabi ucap selamat tinggal dan baca doa dan selawat (sedih sebab esok hari kelahiran nabi.. malu n hiba mengenangkan peribadi rasullullah n kisah baginda dalam memperjuangkan dan menyebarkan islam sewaktu zamannya.. ) pusing masjid masuk ikut belakang n solat sunat ihram n safar then balik hotel utk bfast
0910 SA - rupanya letak beg je pkl 1000 SA. Belum lagi daa.. adoiyai lagi sedih sebab terlepas nak g raudah pasal kalut td.. terus pergi bfast kat level m. Terbaca kisah saidina bilal mimpi datang Rasulullah seru bilal utk ziarah baginda di madinah kerana Bilal telah meninggalkan madinah setelah baginda wafat dengan mohon kebenaran saidina abu bakar utk bersama keluarganya di syria. ( sedih cerita ni mengenangkan kisah hidup Nabi tentang perjuangannya menyebar islam dan bersama para sahabat - lepasni kena baca buku2 kisah Nabi)
1015 SA - turun dari hotel untuk letak beg. Then adda ajak g beli kebab dekat food court depan pintu gate no 21 & 22(main gate masuk masjid nabawi, depan clock tower - sempat bergambar berdua... happy :) lovey dovey nanti ada rezki kita dtg lg ramai2 bwk anak2 skali ye.. Aamin) naik bilik n makan lagi...
1210 SA - gerak pergi masjid solat zhuhur. Solat sunat tahyatul masjid n sunat sebelum solat fardhu. Solat fardhu zhuhur dan sunat jenazah. Solat sunat ihram n safar skali lagi
1259 SA - naik bilik siap pakai pakaian ikhram.
1330 SA - trn ke bwh utk naik bas.
1400 SA - naik bas tapi beg takde lagi
1430 SA - msk masjid utk solat asar jamak takdim
1520 SA - msk waktu asar
1610 SA - bas masih tak gerak lagi.. sabar ujian.. sejuk dlm bas dah berapa kali bersin. Abah cerita yg dia dapat solat subuh dibwh mimbar imam pagi tadi n dapat masuk ke raudah (rezki dia Alhamdulillah hajat makbul).
1640 SA - bas bertolak ke bir Ali
1730 SA - bhenti di bir Ali utk niat ihram dan mneruskan pjalanan ke makkah Al Mukarammah ( eta 5-6jam) semoga Allah pmudahkan smua urusan kami dan mdapat umrah yg mabrur.. in sha Allah
1902 SA - slesai tulis doa & touch up travelog ni.. masa utk bdoa n bzikir.
2010 SA - stop at RNR Ar Rafah utk solat isya qasar n jamak maghrib.rehat n mkn..
2108 SA - bas belum bertolak lagi dari RnR Ar Rafah
2128 SA - bas bertolak dari rnr ar rafah i
Utk ke makkah.
2320 SA - tiba di hotel al retaj Makkah Al mukarrah naik level P 8 (50meter dari Masjid). En Salmi maklumkan no. Bilik jemaah. Tpaksa switch nama sebab ada yg tak disekalikan. Dpt bilik dkt2 prempuan 854 & yg lelaki 855

Tuesday, December 22, 2015

Day 3 : 22 December 2015


0410 SA - bangun bersiap untuk solat subuh di Masjid
0515 SA - tiba di Masjid tapi pintu bubur salam dah tutup so solat di hadapan pintu no 1 sebelum pintu masuk bubur salam.
0545 SA - Selepas solat subuh, terus masuk ke bubur salam dan terus rapat ke mihrab baru (no.2) Alhamdulillah selepas masuk pak guard mula buat kepungan menadakan step 2 bagi memisahkan jemaah di step 3 dari merempuh masuk. Solat sunat hajat di depan mihrab baru (no.2) jumpa dengan jemaah Malaysia syeikh Akmal bekerja di Jawi tinggal di gombak lulusan universiti al azhar. Agak lama menunggu kerana tunggu waktu syuruk jam menandakan 0715 SA syeikh Akmal minta izin nak beransur namun syeikh arab suruh tunggu sebab kepungan ke Step 1 dah nak buka
0728 SA - kepungan step 1 dibuka, taman raudah dibuka.. Alahmdulillah.. berada di taman raudah (karpet hijau putih) solat sunat hajat dan dhuha. Dapat 10 minit kerana pak guard arab halau. Syukur Alhamdulillah..
0735 SA - lalu dihadapan makan nabi (Assalamualaika Ya Rasullah saw), Saidina Abu Bakar, saidina Umar Al khatab.
0740 SA - bergegas untuk balil hotel naik bas untuk ke Masjid quba, jabal uhud. Wuduk terbatal - amek wuduk kat bas guna botol
0830 SA - bertolak ke masjid quba
0900 SA - berjenti di ladanh kutma. Kurma n lain 2 jual mahal dari ladang kurma smalam.
0915 SA - tiba di masjid quba. Masuk yerus ke sag paling depan sebelah kanan mimbar dan solat sunat.
0955 SA - melawat jabal ujud dan makan saidina hamzah. Bergambar di jabal uhud. 2015 - masjid di jabal uhud sedamg di bina. Ramai yg menjalankan aktivit perniagaan
1100 SA - bertolak pulang ke hotel utk bersiap zhur di masjid
1220 SA - solay zhuhur di masjid m solat jenazah
1250 SA - masuk ikut pintu abu bakar as siddiq utk ke raudah. Step 2 dah kema kepung jemaah berhimpit kerana terlalu ramai yg mnunggu utk masuk.
1330 SA - lepas kepungan step 2 masuk ke step 1.
1405 SA - masuk ke step raudah. Terlalu sesak.
1430 SA - pergi ke hotel lunch
1530 SA - masuk masjid utk asar
1540 SA - tido/iktikaf(penat) di masjid kejap tido kejap bangun sehingga masuk waktu magrib. Ambil wuduk semula 20mim sebelum azan.
1740 SA - solat magrib dan solat sunat dan baca ayat al quran
1908 sa - solat isya n solat jenazah terus bergegas masuk ke raudah.
1930 sa - ada kepungan lagi. Alhamdulillah dpt solat sunat di raudah. Tapi Xsempat buat solat taubat dah kena keluar dari raudah dan lalu depan makan nabi, saidina abu bakar, saidina umar al khatab. Sempat rakam waktu indah payung besar di tutup.
2030 sa - balik hotel n makan malam. Cari adda xde dlm bilik (g shopping kot)
2230 sA - naik bilik n rehat (tido)

Monday, December 21, 2015

Day 2 : 21 December 2015


0020 SA - ikut Abeju/Zurin (biras) balik bilik dia ambil bekalan ubat. Hotel Abeju & kak ikut Gate 37 dan jalan sepanjang jalan tepi makan Ba'qi kira-kira 10 minit perjalanan nak sampai ke hotel dia.


0040 SA - Lepas ambil bekalan ubat masuk semula ke Masjid Nabi sebab Ma & Suhada tunggu depan pintu keluar makam Nabi. Cuaca sejuk then kami balik ke Hotel Gloria untuk sambung rehat. 


0517 SA - Solat subuh di masjid Nabawi, sedikit lewat sebab Abah dah keluar dulu. Masuk di pintu 17 dan terus kehadapan untuk solat. Selepas solat fardhu subuh solat jenazah dan terus keluar pintu hadapan dan masuk melalui bubus salam untuk ke makan Nabi berhimpit kerana terlalu ramai jemaah yang berpusu2 untuk solat di mimbar nabi dan raudah. Alhamdulillah solat sunat & syukur di situ. Kemudian keluar dan lalu di hadapan makan Rasullallah & para sahabat.


0630 SA - balik ke hotel untuk breakfast
0730 SA - bkumpul utk lwatan ke mkn baiqi dan msk ke Makan nabi dan Raudah. Tsrempak dgn abeju sempat amek gmbar skali dgn abah.suhada & ma,asya n mama jumpa kak kat raudah so dorg amek gmbr.
0830 SA - masuk melalui pintu bubus salam, masuk ke laluan jalan terus tak dapat masuk ke step 3 sebab dah sesak dan terus lalu depan makam nabi dan singgah solat sunat syukur dan terus keluar.
0930 SA - keluar dari makan nabi, tinjau sekitar masjid dan bergambar
1000 SA - masuk bilik rehat (tido)
1221 SA - masuk waktu dzhur
1225 SA - bangun tido terus bergegas ke masjid solat diluar masjid dekat pagar masjid sebab orang dah ramai n saf da penuh.
1240 SA - selesai solat ana jalan masuk ke dalam masjid dari pintu 17 dan terus ke pintu masuk bubus salam dan tunggu di step 3, jemaah makin ramai dan kepungan pun dibuat. Selepas menunggu sambil solat sunat di mihrab baru (no.2). Mula ke step 2 bersesak sesak jemaah berhimpit & solat sunat. Masuk step 1 jemaah berasak-asak untuk ambil tempat solat yang paling afdal, ana duduk disebalik tiang pun terkena Alhamdulillah dapat solat sunat & sunat syukur (rasanya tak dapat berada di raudah karpet hijau sebab tak sure karpet merah ke hijau masa tu tapi mungkin karpet merah nak ke karpet hijau). Keluar dari raudah mihrab nabi (no.1) dan terus ke makam nabi.. allamdulillah syukur...
1320 SA - keluar dari masjid lalu dihadapan gate 15 lihat peniaga berniaga (suasana agak bising tapi indah melihat ragam)
1400 SA - lunch di level M
1500 SA - standby solat asar
1530 SA - lepas solat terus ke hotel untuk melihat jualan.
1740 SA - solat maghrib
1930 SA - jemaah indonesia rebah (pengsan) depan pintu no. 17 (keluar)
1945 SA - Solat sunat syukur dan hajat. Semoga semua hajat, permintaan & doa dimakbulkan serta ditunaikan Allah.
2115 SA - Melawat ladang Kurma Majed Dates di Madinah. Jamuan teh dan kurma serta doa selamat untuk ma oleh ustaz Abu Bakar. Beli belah kurma.
2300 SA - bertolak ke Hotel
2330 SA - tiba di hotel dan tido

Sunday, December 20, 2015

Day 1 : 20 December 2015


0030 - msk ke balai berlepas P4
0240 - msk flight
0250 - berlepas dari KLIA 2
0800 - Solat subuh dlm flight
1215 MY / 0715 SA - tiba di airport jeddah
1330 MY / 0830 SA - Solat sunat dhuha & syukur
1345 MY / - quequ utk Check out dari Airport Jeddah (pak arab melawak)
1515 MY / 1015 SA- Keluar dari Airport Jeddah
1600 MY / 1115 SA- naik bas dari Jeddah ke Madinah ETA (6jam) * Semoga Allah mlindungi mmelihara kami sekeluarga dan meermudahkan urusan disini juga anak2 & ahli keluarga yg berada di Malaysia... Aaminn


1830 MY / 1315 SA - bhenti di RR untuk Solat Jamak Zohor n Asar & lunch nasi arab
1914 MY / 1405 SA - bertolak dari RR ke Madinah ETA (2jam 30 min) in sha Allah.
1740 SA - tiba di bandar Madinah, ada masalah utk masuk ke hotel Juhawarat Feyrouz & tukar ke Hotel Gloria berdekatan gate 15 pintu masuk Masjid Nabawi.
1710 SA - taklimat msk bilik dan ambil beg
1930 SA - Solat Isya di Masjid Nabawi ikut abah. mama, suhada, asya & ma gi sOlat kat tempat perempuan.
2000 SA - abah ajak masuk makam nabi ikut pintu bubus salam dan inilah kali pertama melihat sendiri makam Rasulullah, saidina abu bakar n saidina umar al khatab. Ak n abah buat solat sunat syukur dan beri salam di makan nabi.
2030 SA - kluar masjid (sesat) ak dah la first time lagi tak ingat.. pengalaman manis keliling masjid nabawi dari kluar makam nabi yang dekat dengan gate 37 dan pusing dari gate 1-13 utk pergi gate msuk tadi(gate 15) ak tak ingat bangunan semua lebih kurang last tanya dgn pak gaurd arab dia bawak g masuk reception tunjuk jalan. Asya n suhada cari kitorg yg sesat naik pergi rolex n tunggu di gate 15 n pergi cari kat gate depan lepas tu jpa kitorg menuju ke gate 15.. abah sempat bgambar kat kedai rolex.. dah aim masa nak masuk masjid. Mama n ma tggu kat B1 tengah makan, ak naik atas amik sambal dlm bilik mama sbb mknan tak de rasa so turun balik mkanan pun tak banyak.. Lps mkn mlm di B1 adda n ma naik atas kecuali ak n asya tggu lobi pakai wifi. Mama n abah keluar jln2 sekitar hotel tengok barang2..
2230 SA - tgh layan wifi kat lobi ttiba whatsapp abeju msk kabar dia ada si madinah hotel dia tak jauh la kira tapi kena ikut gate 37. So kitorg set utk jumpa kat gate 15.
2300 SA - jumpa dah.. bgambar n g makan kat restoran.
2335 SA - Tak dan mkn kedai da nak tutup
2350 Sa - msk ikut masjid bawak ma n adda g dekat dgn makam nabi utk baca doa n bg salam.

Saturday, December 19, 2015

Day 0 : 19 December 2015


1800 - Btolak dari Taman Permata ke KLIA 2 tiba jam 2030.
2100 - Smua family ada termasuk family dari Pedas.
2200 - Salam ahli keluarga sebelum naik ke ruang ke balai berlepas
2230 - Stay di ruang ke balai blepas
2300 - Solat Isya & sunat syukur
2345 - Pgumuman dari Jad travel

7 PERKARA YANG BAKAL JEMAAH HAJI 2026 WAJIB FAHAM

Musim Haji 1447H / 2026M nanti bakal berbeza dari tahun2 sebelum ni. Ada beberapa perkara penting yang setiap bakal jemaah wajib...